Friday 11 January 2013

Apa perbezaan di antara Web 2.0 dengan 3.0


Pada era web 2.0, apabila kita melayari atau mengakses internet untuk mencari maklumat, secara tidak langsung kita akan berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar-tukar buah fikiran dengan pengguna internet lain. Ini akan menyebabkan maklumat yang ingin kita perolehi adalah lebih lengkap. Contohnya, sebelum ini ensiklopedia.com menyediakan perkhidmatan maklumat yang kita perlukan, namun kini wikipedia.com telah menyediakan maklumat keseluruhan pengetahuan yang kita ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan menjadikan maklumat semakin padat dan lengkap. 

Dengan kewujudkan Web 3.0, yang lebih berkonsepkan Web Semantik yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir. Misalnya apabila kita ingin mencari sebuah perkataan, contohnya “burung”. Kita akan memperolehi semua maklumat atau data biologi tentang spesies burung. Contohnya permainan berbentuk burung, DVD tentang burung, jenis-jenis burung dan sebagainya yang berkaitan dengan burung. Pada Web semantik diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan” maklumat yang dicari. Dapat kita simpulkan bahawa Web 2.0 membincangkan komunikasi 2 hala dan web 3.0 adalah membincangkan mengenai Web semantik iaitu web cerdas yang boleh memahami keperluan pengguna berdasarkan sejarah aktivitinya di jaringan.

Apa perbezaan di antara Web 1.0 dengan 2.0


Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web 2.0 adalah kesinambungan daripada web 1.0 itu sendiri. Namun begitu terdapat perbezaan antara keduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat satu-satu laman web yang khusus jika hendak mengetahui sebarang maklumat mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebut boleh didapati pada mana-mana laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dan capaian untuk laman web lain.
Tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita ingin mendapatkan maklumat mengenai telefon Samsung, kita perlu pergi ke laman web Samsung. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak semestinya perlu pergi ke laman web Samsung jika ingin mendapatkan sebarang maklumat. Kita boleh melayari laman web Samsung melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatan capaian yang mudah. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu melayari laman web tersebut. Aplikasi web 1.0 lebih terbatas. Pengguna perlu melawat laman web tertentu jika ingin mendapatkan maklumat. Ia lebih sukar dan tidak mesra pelanggan. Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding web 2.0.

Dapat kita ringkaskan bahawa Web 1.0 dengan Web 2.0 ialah :
•        web 2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0 diperkenalkan
          pada pertama kali.
•        web 2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik.
•        web 1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut aktiviti yang
          lebih.
•        aliran dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web 2.0

Perbezaan utama dalam Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada Web 1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk datang ke dalam website tersebut dan melihat satu persatu isi kandungan di dalamnya. Sedangkan Web 2.0 menghendaki pengguna internet dapat melayari semua maklumat dalam website tanpa harus berkunjung ke alamat yang berkaitan.

Teori Behaviolisme, Fungsionalisme dan Konstruktivisme dan



Teori berasal dari perkataan Yunani iaitu “therio” yang membawa maksud pandangan. Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah sering kita digunakan secara tidak langsung dalam percakapan atau perbualan dan tingkah laku seharian. Walau  bagaimanapun, penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati  maksud teori yang sebenar. Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu, guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teori-teori pembelajaran yang sering digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Behaviorisme, Teori Fungsionalisme dan Teori Konstruktivisme.
                                                                                             
Teori Behaviolisme
Teori Behaviorisme  adalah teori belajar yang lebih menekankan pada tingkah laku manusia. Memandang individu sebagai makhluk reaktif yang memberi respon terhadap lingkungan. Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka. Tokoh-tokoh behaviorisme seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat  bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang nampak, dapat diukur, dan diramal hasil interaksi antara stimulus dan respon.  Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada  peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.  

Teori Fungsionalisme
Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Teori fungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilan masyarakat. Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial. Brinkerhoff & White (1989: dalam Amir Hasan Dawi, 2009), telah merumuskan terdapat tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti adalah kriteria untuk menilai tahap kefungsian sesebuah masyarakat. Harmoni pula merujuk kepada cara semua bahagian dan struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai matlamat. Evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Teori ini mementingkan persefahaman anggota masyarakarnya atau konsesus untuk mencapai keharmonian dan kestabilan.

Perspektif teori sangat penting dalam analisis sosial termasuk dalam bidang pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu profesion yang berada dalam masyarakat dan berkhidmat untuk masyarakat. Oleh yang demikian, pendidik perlu memahami teori pendidikan untuk menyediakan diri dalam masyarakat. Teori fungsionalisme melihat aspek pendidikan dalam skop yang luas iaitu menghubungkan pendidikan dengan keseluruhan masyarakat iaitu menghubungkan sekolah kepada keperluan-keperluan masyarakat. Menurut teori fungsionalisme, pendidikan berfungsi untuk merekrut dan menempatkan manusia dalam kedudukan yang pelbagai dalam masyarakat berdasarkan kepakaran, bakat dan kebolehan masing-masing. Hal ini kerana masyarakat dicirikan oleh ketidaksamaan dari segi kebolehan dan bakat.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pendidik atau guru boleh mengaplikasikan teori fungsionalisme ini terutamanya dalam subjek bahasa. Menurut teori fungsional, pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih mementingkan fungsi sosial. Fungsi sesuatu bahasa boleh diajar berdasarkan situasi. Pelajar dikehendaki menulis ayat berdasarkan situasi. Contohnya, situasi bagi perkataan ‘beratur’. Kemudian pelajar akan membuat ayat tunggal bagi menerangkan situasi perkataan ‘beratur’. Dengan cara pengajaran dan pembelajaran ini akan membuatkan pelajar lebih mahir untuk menggunakan atau bertutur dengan perkataan yang diberikan dengan baik mengikut fungsi sosial bahasa tersebut.

Teori Konstruktivisme
Teori konstruktivisme dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966), Dewey (1938), dan Ausubel (1963). Teori konstruktivisme ini adalah satu pandangan baru tentang pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme bukan satu konsep yang baru tetapi telah digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran sains dan matematik sejak tahun 1980-an lagi. Penggunaan teori konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan kognitif. 

Menurut Caprio (1994: dalam Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah, 2005), teori ini mempunyai kelebihan terhadap pelajar, di mana pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran baru. Dengan kata lain, pelajar akan mengaitkan pengetahuan sedia mereka dengan pembelajaran yang baru dipelajari. Hal ini seperti mana hasil kajian yang dilakukan oleh Rumelhart dan Norman (1978), bahawa seseorang akan dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini juga dikenali sebagai accretion. Pengetahuan tersebut juga boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang dikenali sebagai penalaan atau tuning. Selain itu, pelajar boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang dikenali sebagai parcing.

Kajian yang dilakukan oleh Caprio (1994), telah membuktikan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan. Proses penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dijelaskan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham seperti berikut:

  1. Orientasi (engage)
Fasa ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dalam bilik darjah. Guru perlu menyediakan suasana yang dapat menarik meminat pelajar terhadap pelajaran. Misalnya menggunakan cara tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya. Aktiviti ini mampu merangsang perasaan ingin tahu pelajar terhadap pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.
  1. Pencetusan idea (explore)
Dalam fasa ini, guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru dipelajari. Pelajar berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk mencapai pembelajaran inkuiri. Semasa pelajaran ini pelajar akan lebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.
  1. Penstrukturan semula idea (explain)
Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan berserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Guru perlu menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea  secara berurutan. Peranan guru pada fasa ini adalah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.

  1. Aplikasi Idea (evaluate)
Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Hasil daripada fasa ini akan mewujudkan pemahaman baru dan menggalakkan inkuiri di kalangan pelajar. Pelajar juga akan lebih mengingati apa yang dipelajari disebabkan mereka terlibat secara aktif semasa membina pengetahuan baru tersebut.

  1. Refleksi
Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama ada idea terdahulu telah berubah atau tidak. Dalam fasa ini guru boleh menggunakan cara bersoal jawab, penulisan kendiri, dan catatan peribadi pelajar untuk menilai tahap pemahaman pelajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Pelajar juga boleh membandingkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru serta merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. 

Pelajar Abad Ke21


Selari dengan tuntutan abad ke-21 yang berlandaskan wawasan 2020 dan wawasan, maka tanggungjawab pendidikan terutamanya pendidik adalah menyediakan sumber manusia berkualiti. Pendidikan perlu melahirkan pelajar yang kaya dengan maklumat termasuk penguasaan sepenuhnya berkaitan sains dan teknologi. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia tanpa sempadan disebabkan pembangunan teknologi. Jika pendidikan selama 150 tahun yang lalu disediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi kehidupan kerjaya dalam bidang "Ekonomi Perindustrian". Pengubahsuaian dalam pendidikan perlu seiring dengan perubahan pesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dalam bidang "Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy). Maka,pendidikan abad ke-21 perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21.
Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapat "melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlak dan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000).
Pembaharuan perlukan perubahan. Perubahan yang sangat utama dan penting ialah perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dan bersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep 'belajar sepanjang hayat' perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai 'belajar cara belajar.

Guru Abad Ke-21


Kerjaya guru adalah amat memerlukan komitmen dan kesungguhan daripada penjawatnya. Oleh yang demikian, perguruan dianggap satu profesion. Hasil komitmen yang penuh dan kesungguhan yang kuat maka terhasillah anak didik yang berjaya dalam kehidupan.  Seseorang guru adalah lahir daripada pengalaman, kematangan dan sedikit daripada sifat semulajadi atau genetik.
Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Dengan demikian, seseorang guru perlu sentiasa bersiap sedia dengan segala perubahan dalam sistem pendidikan sebagai pelaksana dalam memajukan pendidikan dan pelajarnya secara khasnya. Seseorang guru itu perlu sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan baru selari dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat penggunaannya dalam pendidikan di negara kita. Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000).
Oleh yang demikian, menyediakan diri menjadi guru yang perkasa perlukan latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan seperti tersirat di dalam Standard Tinggi Kualiti Pendidikan hari ini.
Guru abad ke21 yang dihasratkan oleh sistem pendidikan malaysia ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynag perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. 

Kemahiran Abad ke-21


Seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia global, bidang pendidikan turut tidak terkecuali. Beberapa kajian tentang kemahiran dan tahap kompetensi seseorang mahasiswa dalam abad ke-21 ini telah dilakukan di serata dunia. Kajian yang telah dijalankan oleh D’Andre dan Daniels(2002) misalnya mendapati mahasiswa memerlukan kemahiran baru untuk lebih berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kemahiran seharian. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dimaksudkan adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Kemahiran-kemahiran abad ke-21.
No
Jenis Kemahiran
Huraian
1
Komunikasi
Pertukaran pemikiran dan idea melalui lisan dan tulisan.
2
Kepekaan silang budaya
Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya.
3
Pelbagai Bahasa
Keupayaan berkomunikasi menggunakan lebih daripada satu bahasa.
4
Kemahiran Mengurus
Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan,menyelesaikan masalah dan konflik.
5
Kerja Berpasukan
Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
6
Kreativiti
Dapat menyumbang pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik  dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
7
Keupayaan untuk menyesuaikan diri
Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan.
8
Empati
Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka.
9
Pengurusan stress
(Relaxation)
Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenalpasti punca stress.
10
Etika kerja
Dapat mempamerkan etika dan disiplin  kerja yang baik dan tinggi.
11
Disiplin diri
Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi.
12
Tanggungjawab
Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi.
13
Pemikiran deskriminitif
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza
14
Kemahiran tatabahasaa
Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik.
15
Kemahiran analitikal
Keupayaan untuk menggunakan emikiran logik dan abstrak.
16
Ekonomi dan perniagaan
Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan.
17
 Kemahiran matematik
Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan.
18
Kemahiran komputer
Keupayaan untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan kaunseling.
19
Kemahiran telekomunikasi
Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling.

Pendidikan Abad ke-21



"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia
Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang
kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru
hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)
                                                                                                
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Justeru itu, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Dalam usaha membangunkan insan ini, sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya terhadap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Dalam abad ke-21 ini sistem pendidikan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Intellectual Capital  akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organisasi ataupun negara. Oleh itu, sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Bekas Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dalam ucapan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40 suatu ketika dulu pernah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi, sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembagunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Perdana Menteri turut kerap dalam ucapannya memberi ingatan “kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri”
Dalam Persidangan Pendidikan Nasional ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat. Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

Pembinaan Budaya Ilmu
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan  ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

Pembudayaan Masyarakat Malaysia
Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: “suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat.” Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta ketelusan (transprency) sistem. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi abad ke-21.

Thursday 10 January 2013

Skype

Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar mesej secara segera dan melakukan panggilan video dalam talian. Ia merupakan satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara melalui internet dan telah dicipta pada tahun 2003 oleh Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis tetapi kemudian telah dimiliki oleh microsoft khususnya dalam tahun 2011. Skype mempunyai lebih 663 000 000 pengguna berdaftar setakat september 2011 meletakkan ia berada pada kedudukan teratas sama dengan Facebook dan Twitter. Jika dibandingkan software serupa, Skype memiliki kualiti IP yang lebih baik. Selain untuk panggilan, Skype juga dapat digunakan untuk berbual (chatting), kirim SMS, persidangan, pemindahan maklumat, panggilan suara hingga Call Forward. 


Ciri-ciri utama Skype
Pengguna berdaftar Skype dikenalpasti melalui nama Skype yang unik, yang disenaraikan atau didaftarkan didalam direktori Skype. Skype akan membenarkan pengguna mendaftar dan berkomunikasi diantara satu sama lain melalui pesanan ringkasan (instant messaging) atau perbualan suara (voice chat). Perbualan suara membolehkan pengguna berdaftar dengan Skype berbual di antara satu sama lain dengan menggunakan kaedah “audio códec”. Manakala perbualan melalui teks pula membolehkan sekumpulan pengguna yang berdaftar dengan Skype berbual diantara satu sama lain di dalam kelompok atau kumpulan pada satu masa dengan menggunakan aplikasi emosi (emoticons), menyimpan rekod perbualan dan melakukan edit kepada perbualan teks yang lepas (secara offline).

Penggunaan skype juga boleh berkongsi fail diantara satu sama lain walaupun mereka berada pada jarak beribu batu jauhnya. Meraka boleh berkongsi semua jenis fail seperti data sulit, fail pejabat dan juga gambar dengan pemindahan ini dijamin akan keselamatannya. Pada Januari, 2006  Skype telah memperkenalkan perbualan koferansi secara video di antara dua pengguna yang melibatkan pengguna platform Windows dan Mac OS X. Manakala Skype 2.0 untuk Linux pula telah diperkenalkan  pada 13 Mac 2008, juga mempunyai ciri-ciri yang menyokong perbualan konferansi secara video. Versi 5 beta 1 untuk Windows, telah digunakan di pasaran bermula pada 13 Mei 2010, yang menawarkan perbualan konferensi video sehingga lima orang pengguna dalam satu-satu masa. Melalui panggilan video ini, satu kebolehan skype dimana pemanggil bukan sahaja boleh membuat panggilan, tetapi mereka berpeluang untuk melihat orang yang menjawab panggilan. Penggunaan Skype video ini, sangat penting dalam pendidikan terutamanya apabila ia melibatkan pendidikan jarak jauh, guru atau pelajar yang tidak dapat menghadiri sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah, contohnya pelajar sakit dan berada di hospital.
Skype untuk Windows, bermula dengan versi terbaharu 3.6.0.216, sesuai untuk kualiti dan ciri-ciri “Video Berkualiti Tinggi” seperti skrin penuh atau bentuk skrin di dalam skrin, sama seperti sistem konferensi video tahap pertengahan. Audio Skype dapat menampung perbualan secara audio sehingga 25 orang, termasuk hos.

Nombor atas talian atau SkypeIn, adalah perkhidmatan yang membenarkan pengguna Skype untuk menerima panggilan melalui komputer pengguna, dari talian telefon tetap (fix line) pengguna yang berdaftar dengan Skype. Tetapi perkhidmatan ini hanya terdapat di negara-negara seperti Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Denmark, Republik Dominican, Estonia, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, New Zealand, Poland, Romania, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, Turki, Belanda, England dan Amerika Syarikat. Pengguna Skype boleh memiliki nombor telepon tempatan di negara berkenaan, dan kadar panggilan adalah sama dengan kadar panggilan talian tetap di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, Skype tidak mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan kecemasan, misalnya 911 di Amerika Syarikat dan Kanada atau 999 di Great Britain. Ini kerana Federal Communications Commission Amerika Syarikat (FCC) telah menolak, atas tujuan seksyen 255, Akta Telekomunikasi, bahawa Skype bukanlah “pembekal Voip Suara”. 
Skype WiFi pula membenarkan pengguna berdaftar untuk membayar per minit untuk menggunakan Internet di tempat-tempat pusat perniagaan tanpa wayar menggunakan Kredit Skype. Di samping itu, juga dengan adanya panggilan percuma sesama pengguna skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan serta mesra pengguna dan menjimatkan kos panggilan.  Sehingga Mei 2010, senarai Skype yang menggunakan talian tanpa wayar ini berjumlah lebih daripada 100 rangkaian.

Ciri-ciri aplikasi
Web “Skype Toolbar” boleh mengenalpasti telepon dan nombor Skype, dan didapati hanya untuk Internet Explorer dan Mozilla Firefox untuk Window. Nombor di dalam laman web berkenaan akan digantikan dengan ikon yang boleh di-klik untuk menghubungi nombor menggunakan Skype atau klik kanan untuk memberikan lebih banyak pilihan, contohnya menambahkan nombor ke dalam senarai Skype. “Toolbar” Skype akan mengesan nombor telepon secara automatik. Fail log akan diwujudkan di dalam senarai kenalan pengguna, dan akan disimpan untuk pengguna yang sah mempunyai kenalan ini sahaja.
Di dalam Window, Skype boleh digunakan secara terus dari USB flash drive, tanpa memuat-turun di dalam komputer hos. Manakala di dalam Mac OX X, muat-turun aplikasi Skype ke dalam komputer hos adalah tidak perlu. 

Faedah/Kebaikan Menggunakan Skype

1. Mudah untuk digunakan.
•        Penciptaan telah membuatkan komunikasi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, hiburan, pelancongan dan perniagaan. Skype juga mudah untuk dipasang sendiri oleh pengguna. Mudah berhubung dengan orang lain di menggunakan komputer dan telefon bimbit.

2. Panggilan Video.
•        Skype mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan video. Dengan menggunakan skype pemanggil dan penerima panggilan boleh melihat antara satu sama lain. Skype alat yang sangat penting bagi individu yang mempunyai dua tugas di tempat yang berbeza. Misalnya mengadakan mesyuarat, pengajaran guru dan sebagainya.

3. Pemindahan Maklumat.
•        Pengguna Skype boleh berkongsi fail atau maklumat dengan mudah melalui akaun masing-masing. Ia menyokong jenis fail seperti data sulit, data pejabat dan gambar. Pemindahan juga boleh digunakan menggunakan keselamatan relatif.

4. Kos murah
•        Panggilan percuma di mana pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan Skype dalam jangka masa yang panjang.

Kepentingan Skype dalam Pendidikan
Berikut adalah kepentingan skype sebagai alat dalam pendidikan:

•        Skype merupakan penggunaan komunikasi yang mudah dan murah dan diguna pakai di seluruh dunia. Skype membolehkan meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajar dalam pelbagai aktiviti.
•        Membantu pelajar memahami perbezaan budaya dan belajar tentang sejarah serta norma-norma sosial. Hal ini dengan menggunakan skype, pelajar boleh berhubung dengan individu dari pelbagai latarbelakang budaya.
•        Sesuai bagi pelajar yang ingin atau sedang mendalami bahasa baru. Skype boleh menghubungkan mereka dengan penutur asal bahasa yang dipelajari dan membolehkan pelajar mendalami bahasa baru.
•        Pembelajaran akan menjadi lebih sahih, berinspirasi dan menarik apabila melampaui batas bilik darjah.
•        Skype menawarkan cara mudah untuk pelajar dan pengajar untuk melibatkan diri   dalam komunikasi segerak.


TIPS SKYPE UNTUK GURU
Bayangkan menghubungkan dengan kelas lain di seluruh dunia tanpa pernah meninggalkan batasan sekolah seperti tiada bentuk realiti, tiada kos untuk ibu bapa atau sekolah dan tiada bersusah-payah ke lawatan lapangan. Skype telah mencipta satu komponen pendidikan yang dipanggil Skype di dalam kelas yang membolehkan guru-guru berhubung dengan pendidik lain di seluruh dunia dalam persekitaran maya. Dengan lebih daripada 28,000 pendidik menyertai sejak Mei 2012, perkhidmatan ini percuma menawarkan pelbagai projek kerjasama dan hubungan budaya. Fikirkan ia sebagai satu program sahabat pena untuk abad ke-21.  (Lauren M. Bronson, Elementary School Teacher, Hillsborough County, Florida). Berikut adalah antara tips untuk guru jika ingin menggunakan skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Projek: Meneliti Perbezaan Budaya
Skype di dalam kelas mempunyai satu forum di mana guru-guru boleh mengepos idea projek untuk orang lain untuk menyertai sebagai peserta. Dalam satu contoh, seorang guru sekolah tinggi di Norway mencatatkan satu projek yang bertajuk "Menggambarkan bagaimana Perbezaan Budaya dan Sistem Nilai berbeza boleh Kesan Komunikasi," yang memberikan pelajar peluang untuk menangani  halangan dalam komunikasi di kalangan bangsa yang berbeza.

Setelah pelajar mendapat tanggapan bahawa remaja di negara-negara lain adalah sama seperti diri mereka sendiri, ia boleh membuka kefahaman yang baru dan penghargaan terhadap orang-orang yang latar belakang yang berbeza.

2. Projek: Perbandingan cuaca di seluruh Globe
Dalam satu projek, guru gred pertama di Chicago cuba untuk menyambung dengan kelas-kelas yang lain untuk membandingkan keadaan cuaca selama dua minggu. Para pelajar dapat belajar tentang keadaan cuaca di negara-negara yang berbeza dan langkah berjaga-jaga tentang cuaca yang berkaitan dengan pelajar-pelajar. Pelajar yang mengalami salji lebat di Chicago boleh berkomunikasi melalui Skype dengan anak-anak muda di Costa Rica yang serentak mengalami hujan lebat dan suhu panas.

3. Projek: Pembelajaran Bahasa
Dicipta oleh seorang guru di Argentina, "Projek Perkongsian - Bahasa Inggeris dan Sepanyol" menerima sokongan dari pendidik AS dari New York ke Wisconsin yang ingin untuk memberi pelajar mereka peluang untuk mengamalkan bahasa asing. Apa cara yang lebih baik untuk mengamalkan sebutan yang betul berbanding dengan penutur asli umur yang sama?

Skype di dalam kelas juga membolehkan guru-guru untuk menyambung dengan pendidik lain untuk membincangkan kurikulum, berkongsi idea atau mendapatkan nasihat. Di samping itu, ramai guru menghantar permintaan untuk penceramah jemputan yang relevan kepada subjek mereka. Seorang guru sekolah tinggi di Amerika Syarikat meminta penceramah tetamu yang boleh berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan industri filem untuk kelas filem yang maju. Dalam satu lagi posting, seorang guru kanak-kanak autistik bertanya pendidik lain untuk berkongsi buku-buku kegemaran klasik mereka semasa cerita.
Dengan kira-kira 1,900 projek disediakan untuk pelajar berusia 3-18, guru mungkin untuk mencari sumber bernilai menembusi melalui Skype di dalam kelas, sama ada ia berkaitan dengan matematik, pendidikan jasmani, seni, bahasa, membaca, menulis, sains, kajian sosial atauteknologi. Terdapat juga pilihan untuk mewujudkan projek dari awal dan menjemput orang lain untuk menyertai. Dengan penyelidikan yang menunjukkan bahawa tangan-aktiviti boleh meningkatkan pembelajaran, guru-guru yang menggabungkan teknologi seperti Skype di dalam kelas ke dalam pelajaran mereka boleh bersedia untuk melihat prestasi yang lebih baik di kalangan pelajar mereka.

Aplikasi Skype dalam bilik darjah
Dengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia, skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman pelajar. Interaksi dengan pelajar daripada negara lain akan membantu pelajar untuk memahami perbezaan budaya, mempelajari sejarah dan norma-norma sosial serta mengasah kemahiran bahasa asing. Pembelajaran akan menjadi lebih autentik kerana ia menjangkau ke luar bilik darjah dan kebolehan untuk berbual melalui telefon atau video dengan seseorang dari negara lain menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik. Alat yang murah dan mudah diperoleh seperti skype juga menggalakkan kakitangan fakulti dan pelajar untuk mencuba teknik-teknik baharu bagi memudahkan penglibatan. Bagi pendidikan jarak jauh, skype menawarkan cara yang mudah untuk pelajar dan pengajar yang berlainan untuk mengambil bahagian dalam komunikasi segerak (Educause 2007).

Skype boleh digunakan oleh para guru di dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengawal kelas. Ini penting terutamanya apabila seseorang guru berada di luar sekolah untuk urusan-urusan tertentu. Melalui skype,guru masih berpeluang atau boleh mengadakan kelas melalui skype misalnya daripada hotelnya. Komunikasi interaktif ini menyediakan hubungan audio dan visual dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus secara jarak jauh kerana guru boleh mendengar dan melihat pelajarnya secara serentak walaupun di lokasi lain, di samping penggunaan bahasa isyarat badan bagi menambahkan lagi keberkesanan komunikasi.

Sebagai medium komunikasi yang interaktif, skype menyediakan pelbagai faedah kepada pengguna. Easton (1983), menyatakan kelebihan sidang video kepada pelajar sebagai menjimatkan masa kepada semua peserta, menjimatkan kos dari segi tambang dan penginapan, menambahkan kesan komunikasi kerana semua yang hadir mendapat maklumat yang sama, lebih ramai peserta dapat dilibatkan tanpa mengira status kekananan (seniority), memudahkan penjadualan dari segi masa dan tempat bagi penceramah atau pakar yang dijemput.  Melalui Skype juga,seorang guru boleh menjemput pakar dalam satu-satu bidang untuk ditemubual tanpa perlunya tetamu tersebut berada di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan penceramah secara langsung. Contohnya, guru dalam sastera boleh menjemput penyajak atau penyair untuk karya-karya tertentu bercakap secara terus dengan pelajar. Melalui skype, pelajar berpeluang menyaksikan dan mendengar penyajak bersajak secara langsung membolehkan pelajar lebih menghayati sesuatu karya.

Skype turut memberi manfaat kepada guru-guru kerana mereka berpeluang untuk menjemput ahli panel terdiri daripada guru-guru lain daripada tempat yang berlainan untuk terlibat sama dalam perbincangan dengan kelasnya. Ini memberi manfaat kepada guru mahu pun pelajarnya kerana boleh mendengar pelbagai pendapat dan idea yang pelbagai tentang topik yang dibincangkan. Cadangan serta idea-idea yang diberikan semasa perbincangan juga boleh dibahaskan bersama-sama pelajar. Melalui penggunaan skype ini, para pelajar mahupun guru berpeluang bertanya terus atau meminta pandangan ahli panel atau guru-guru lain tadi tentang sesuatu isu yang dibincangkan.

Skype juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru terutama semasa terlibat dengan lawatan lapangan. Contohnya, lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta muzium. Guru boleh memanfaatkan skype agar boleh berhubung dengan ahli arkeologi untuk memberi penerangan serta maklumat tentang apa yang dilihat atau dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Berbekalkan pengetahuan dan maklumat yang ada, para pelajar akan lebih faham dan jelas tentang apa yang sedang berlaku di dalam kelas. Malah para pelajar turut berpeluang bertanya terus soalan-soalan yang dirasakan perlu kepada ahli arkeologi tersebut sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan. Kemudahan video dan audio ini membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada pelajar mahupun guru untuk mendapat maklumat-maklumat daripada pakar dari luar tanpa perlu berada bersama-sama di lokasi yang sama. Sidang video membolehkan perhubungan antara pelajar dengan pakar di lokasi geografi yang berlainan berlaku di samping dapat menyokong penggunaan media seperti papan kapur, dokumen bercetak dan video (Shaffe bin Mohd Daud, 2005).

Skype turut membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk turut serta dalam perbincangan kelas pada hari tersebut. Pelajar yang tidak dapat hadir kelas kerana masalah kesihatan ataupun terlibat dengan aktiviti luar sekolah masih boleh mengikuti pembelajaran melalui sambungan skype. Keadaan ini sedikit sebanyak membantu pelajar agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah walaupun tidak dapat hadir ke kelas. Guru-guru terlibat turut boleh berhubung dengan pelajar terbabit melalui panggilan video sekiranya pelajar tersebut ingin bertanyakan soalan atau pun guru tersebut ingin memberi penjelasan lanjut tentang isi pembelajaran pada hari tersebut walaupun kedua-duanya tidak berapa di lokasi yang sama. Selain itu, Skype boleh digunakan untuk tujuan latihan bahasa dengan padankan pelajar dengan sukarelawan daripada negara lain untuk berbual. Skype juga boleh digunakan dalam melakukan kerja kumpulan. Pelajar boleh berhubung antara satu sama lain di luar kelas untuk bekerjasama untuk satu projek. Skype turut berguna ketika waktu pejabat bagi menganjurkan pertemuan dengan pelajar atau sesi bantuan dari pejabat atau rumah anda. Kerjasama antara dua pihak juga boleh diwujudkan menggunakan Skype bagi tujuan berkongsi projek pengumpulan data dengan pelajar dari tempat lain.Skype juga boleh digunakan untuk persembahan misalnya tayangkan persembahan, sketsa atau persembahan pelajar kepada penilai yang pakar.

Secara kesimpulannya, teknologi pendidikan sangat berguna sebagai alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan teknologi, menstrukturkan organisasi sekolah agar lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar.  


Friday 4 January 2013

Apakah itu Web 4.0



Era perkembangan web semakin canggih, dijangkakan menjelang tahun 2020 ke 2030 Web 4.0 akan menggantikan web3.0. Web 4.0 dikenali sebagai "Web simbiotik". Idea menjadi web simbiotik adalah metadata yang dianjurkan (web 3.0), dimana manusia dan mesin boleh berinteraksi dalam simbiosis. Boleh kita tafsirkan bahawa teknologi web 4.0 ini rangkaian nya lebih canggih sistemnya. Walaupun begitu, masih kurang jelas mengenai tafsiran sebenar  web 4.0 yang dikhabarkan tentang kecerdasan webOS, ambien, kecerdasan buatan. Tetapi ia adalah baik untuk mengetahui bahawa terdapat banyak projek-projek yang berlaku di dalam dunia web. Manusia dan mesin boleh berinteraksi dalam simbiosis seperti muka minda dikawal (web simbiotik). Web 4,0 atau webOS akan seperti ‘middleware’ yang akan mulai berfungsi seperti sistem operasi.

Apakah itu Web 3.0


Menurut John Markoff (2006), akan muncul sebuah web masa hadapan yang mempunyai perkembangan teknologi web yang lebih maju dan canggih jika dibandingkan dengan web2.0. Web ini dikenali sebagai web 3.0. Web 3.0 berkonsepkan “smart internet experience atau intelligent internet experience”. Berdasarkan Rajah 1: Era perkembangan web, Web 3.0 berlaku di antara tahun 2010 ke 2030. Komponen yang paling utama dalam Web 3.0 adalah Semantik Web.















            Gambar sumber dari Google.com

Web 3.0 adalah sebagai sebuah mesin untuk membaca halaman-halaman Web generasi ketiga dari layanan internet  dengan tujuan mesin akan memiliki kemampuan membaca Web sama seperti yang manusia dapat lakukan sekarang ini. Web 3.0 berkaitan dengan konsep Web Semantik yang dilayari website yang tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapi juga dalam bentuk format yang boleh di akses oleh berbagai software.














 Gambar sumber dari Google.com

Web 3.0 adalah dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari. Pengguna boleh memohon Web untuk mencari suatu data spesifik tanpa bersusah-susah mencari satu per satu dalam carian Web. Web 3.0 juga mampu menyediakan keterangan-keterangan yang relevan tentang informasi yang ingin kita cari, bahkan tanpa kita minta. Web 3.0 menawarkan metod yang efisen dalam membantu komputer mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online. Web 3.0 juga memungkinkan Web menjadi sebuah bahan untuk penyimpanan data dengan kapasiti yang sangat besar. Web 3.0 sendiri terdiri dari Web semantik, Format mikro, pencarian dalam bahasa pengguna, penyimpanan data dalam jumlah besar, pembelajaran melalui mesin, agen rekomen, yang merujuk pada kecerdasan buatan Web.
Web 3.0 juga memiliki beberapa standard pengoperasian yang boleh menjalankan fungsinya dalam menampung metadata.
Antara ciri-ciri khas web 3.0
i.     Tranformation : Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
ii.    Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi/maklumat diakses menjadi media
iii. Network Computing : Perisian adalah sebagai model-model perniagaan, perkhidmatan halaman web yang mempunyai dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran komputer, pengelasan komputer,menaiktaraf komputer.
iv.  Open Technologies : Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform sumber terbuka atau  secara percuma
v.    Open Identity and Open ID : seluruh maklumat adalah bebas
vi.The interligent Web : Sebagai Teknologi Semantic Web termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantik, dan pernyataan penyimpanan data.
vii. Distributed Database : Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database)
viii. Aplikasi bersifat pintar dan bijak