Friday, 4 January 2013

Apakah itu Web 2.0


Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim O’Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut: “Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut.

Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memiliki ciri-ciri berikut:

·         CSS (Cascading Style Sheets)
·         Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax
·         Markup XHTML
·         Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom
·         URL yang valid
·         Folksonomies
·         Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website
·         XML Web-Service API

Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat (share), berkerjasama dan mengeksploitasi. (Rujuk Rajah 1)
Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di “World Wide Web”.  Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka.  Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup, folksonomies dan   sebagainya.

                                      Gambar sumber dari Google.com

Web 2.0 ini telah mengubah dunia teknologi internet di seluruh dunia. Ini menyebabkan internet menjadi kegilaan ramai oleh pengguna internet. Misalnya penggunaan halaman web facebook dan twitter yang sangat popular pada masa ini. Seluruh masyarakat dunia setiap hari melayari facebook mereka untuk berkongsi maklumat, ilmu, gambar, aktiviti mereka seharian.
Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru mengenai satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang lebih bermakna. Pelajar lahir dizaman teknologi media baru ini kurang minat untuk menyiapkan lembaran kerja dan mendengar ceramah yang diberikan oleh guru mereka. Ini kerana pelajar-pelajar telah terlibat di peringkat sejagat (global). Kekurangan penyertaan dalam bilik darjah tradisional telah menahan banyak fakta sebaliknya pelajar berpeluang menerima maklum balas atau fakta yang lebih baik melalui atas talian (online).

Dalam siaran TV Pendidikan di Malaysia, web 2.0 juga berkembang dengan pesatnya iaitu dengan kemunculan eduwebTV. Sejarah awal TV Pendidikan bermula pada tahun 1972-1999 di mana ia disiarkan melalui TV2 sahaja. Manakala dari tahun 2000 ke 2006 TV Pendidikan ditayangkan melalui Astro Channel 13. Tahun 2007-2008 pula siarannya adalah di Media Prima TV9. Keseluruhannya TV Pendidikan ini disiarkan secara  “terrestrial” TV. Ini telah menyebabkan masalah penjadualan pelajar yang menonton adalah sukar diselaraskan kerana satu kelas hanya boleh menonton dalam satu masa.

Pada tahun 2008 eduwebTV diperkenalkan dan ia boleh dilayari melalui internet. EduwebTV merupakan medium terbaru dalam penyiaran pendidikan di mana ia mensasarkan Pendidian Digital untuk semua. Berdasarkan “streaming” dan muat turun video pendidikan melalui internet ia boleh memuat turun latihan, pemindahan teknologi, kandungan dan editorial. Ini dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya disamping menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat pendidikan yang berkesan. Selain itu pelajar boleh melayari, melihat, memuat turun maklumat yang mereka inginkan dengan tidak mengira masa dan di mana mereka berada asalkan mereka mendapat akses jaringan internet. EduwebTV boleh dilayari melalui www.eduwebtv.com

Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0.  Seperti yang telah dihuraikan, e-pembelajaran Web 1.0 pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. E-pembelajaran 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi. E-pembelajaran 2.0 menekankan aspek pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking). E-pembelajaran 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, saling berkaitan, peribadi , ciptaan dan terbuka. 

                                      Gambar sumber dari Google.com 

Secara ringkasnya, Web 2.0 adalah pengguna komputer akan melihat RSS reader. Pengguna melayari website dan mereka dapat membaca, melihat, menulis komen, pandangan, mengedit kandungan dan memuat turun gambar. Selain daripada itu juga, pengguna boleh melihat, memberi komen dalam paparan rakan yang lain dan membalas komen.


Apa Itu Web 1.0?



Era web 1.0 bermula dari awal tahun 1990 sehingga tahun 2000. Web ini merupakan  generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Ini kerana segala isi kandungan dan maklumat hanya dapat diakses dan dibawah kawalan penciptanya sahaja. Pengguna web 1.0 hanya boleh melayari internet sahaja untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu orang yang melayari internet hanya dapat melihat kandungan dari laman web tersebut tanpa dapat memberi komen mahupun pandangan. Ini mengakibatkan pengguna web 1.0 menjadi bosan dan web 1.0 tidak dapat menarik minat penggunanya.

Web 1.0 merupakan teknologi Web pertama yang merupakan revolusi baru di dunia Internet kerana ia telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, Website yang dibangunkan pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Web 1.0 ini merupakan “world wide web” yang terdiri daripada Windows, SGML, MMQ’S, SQL disamping ianya menyediakan khidmat database, “file servers” dan “groupware”. Berbagai Website seperti berita “cnn.com” atau bisne secara online “Bhinneka.com” dapat dikategorikan ke dalam jenis ini. Secara umum,  Web 1.0 dikembangkan untuk pengaksesan maklumat dan memiliki sifat yang sedikit interaktif.

Secara teorinya, Web 1.0 adalah pengguna komputer hanya dapat melayari website. Selepas pengguna melayari website - Tinggalkan website - tutup browser
Gambar Sumber dari Google.com








Apa itu Web ?


Tahun 1980 dunia mengalami permulaan era penggunaan PC sehingga tahun 1990. Pada masa itu teknologi yang digunakan adalah email, FTP, IRC, Usenet dan PC’s. Maka penggunaan web adalah terhad dan terbatas dalam pencarian maklumat di alam maya. Penggunaan teknologi PC ini adalah yang berkualiti pada masa itu dan bersesuaian dengan harga yang murah dan cara bekerja yang lebih fleksibel dengan setiap penggunanya.  Ini telah mendorong pekerjaan yang lebih kompetitif dan berkolaboratif.
Pada tahun 1998, Google telah dilancarkan dan mebuatkan internet menjadi semakin mudah untuk  digunakan. Waktu itu potensi laman web dengan format portal dengan berita dan kedai-kedai online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur. Di Amerika, berbillion dollar telah dilaburkan untuk memasuki bidang jaringan online web ini walaupun didapati tidak semua laman web dengan modal yang amat besar dan kos yang tinggi berjaya dihasilkan.
 “Web Definition has always been, and continues to be, our go-to-source for all aspects of our Web Design and Management. The team is always friendly, creative, effective, on-time and on-budget.” President Porter Hill, Inc. (Tecnology)
Pertengahan tahun 2000, gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah (burst). Dana ini tiada pusingan untuk menjana keuntungan tetapi untuk mendapatkan perkhidmatan web yang lebih canggih. Dengan berbagai pengetahuan proses bisnis dan keterampilan teknik, Web akan memberi impak dan mempengaruhi pasaran perniagaan ahli perniagaan kerana dengan perkembangan Web ini mereka dapat merekabentuk web dan pengembangan, komunikasi pemasaran, iklan online, media cetak dan banyak lagi.
Era perkembangan web di seluruh dunia berkembang dengan pesatnya iaitu era Web 1.0 antara tahun 1990 hingga 2000, Web 2.0 antara tahun 2000 hingga 2010, Web 3.0 pula antara tahun 2010 hingga 2020 dan dijangkakan Web 4.0 yang lebih canggih akan berlaku sekitar tahun 2020 sehingga 2030.