Era web 1.0 bermula dari awal tahun 1990 sehingga tahun
2000. Web ini merupakan generasi pertama
web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu
arah. Ini kerana segala isi kandungan dan maklumat hanya dapat diakses dan
dibawah kawalan penciptanya sahaja. Pengguna web 1.0 hanya boleh melayari
internet sahaja untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu orang yang melayari
internet hanya dapat melihat kandungan dari laman web tersebut tanpa dapat
memberi komen mahupun pandangan. Ini mengakibatkan pengguna web 1.0 menjadi
bosan dan web 1.0 tidak dapat menarik minat penggunanya.
Web 1.0 merupakan teknologi Web pertama yang
merupakan revolusi baru di dunia Internet kerana ia telah mengubah cara kerja
dunia industri dan media. Pada
dasarnya, Website yang dibangunkan pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan
untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Web 1.0
ini merupakan “world wide web” yang terdiri daripada Windows, SGML, MMQ’S, SQL
disamping ianya menyediakan khidmat database, “file servers” dan “groupware”. Berbagai
Website seperti berita “cnn.com” atau bisne secara online “Bhinneka.com” dapat
dikategorikan ke dalam jenis ini. Secara umum, Web 1.0 dikembangkan untuk
pengaksesan maklumat dan memiliki sifat yang sedikit interaktif.
Secara teorinya, Web 1.0 adalah pengguna
komputer hanya dapat melayari website. Selepas pengguna melayari website -
Tinggalkan website - tutup browser
0 comments:
Post a Comment