Tahun
1980 dunia mengalami permulaan era penggunaan PC sehingga tahun 1990. Pada masa
itu teknologi yang digunakan adalah email, FTP, IRC, Usenet dan PC’s. Maka
penggunaan web adalah terhad dan terbatas dalam pencarian maklumat di alam
maya. Penggunaan teknologi PC ini adalah yang berkualiti pada masa itu dan
bersesuaian dengan harga yang murah dan cara bekerja yang lebih fleksibel
dengan setiap penggunanya. Ini telah
mendorong pekerjaan yang lebih kompetitif dan berkolaboratif.
Pada
tahun 1998, Google telah dilancarkan dan mebuatkan internet menjadi semakin
mudah untuk digunakan. Waktu itu potensi
laman web dengan format portal dengan berita dan kedai-kedai online seperti
amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur. Di Amerika, berbillion
dollar telah dilaburkan untuk memasuki bidang jaringan online web ini walaupun
didapati tidak semua laman web dengan modal yang amat besar dan kos yang tinggi
berjaya dihasilkan.
“Web
Definition has always been, and continues to be, our go-to-source for all
aspects of our Web Design and Management. The team is always friendly,
creative, effective, on-time and on-budget.” President Porter Hill, Inc.
(Tecnology)
Pertengahan
tahun 2000, gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah (burst). Dana
ini tiada pusingan untuk menjana keuntungan tetapi untuk mendapatkan
perkhidmatan web yang lebih canggih. Dengan berbagai pengetahuan proses bisnis
dan keterampilan teknik, Web akan memberi impak dan mempengaruhi pasaran
perniagaan ahli perniagaan kerana dengan perkembangan Web ini mereka dapat
merekabentuk web dan pengembangan, komunikasi pemasaran, iklan online, media
cetak dan banyak lagi.
Era
perkembangan web di seluruh dunia berkembang dengan pesatnya iaitu era Web 1.0
antara tahun 1990 hingga 2000, Web 2.0 antara tahun 2000 hingga 2010, Web 3.0
pula antara tahun 2010 hingga 2020 dan dijangkakan Web 4.0 yang lebih canggih
akan berlaku sekitar tahun 2020 sehingga 2030.
0 comments:
Post a Comment