Friday, 4 January 2013

Apakah itu Web 2.0


Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim O’Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut: “Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut.

Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memiliki ciri-ciri berikut:

·         CSS (Cascading Style Sheets)
·         Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax
·         Markup XHTML
·         Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom
·         URL yang valid
·         Folksonomies
·         Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website
·         XML Web-Service API

Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat (share), berkerjasama dan mengeksploitasi. (Rujuk Rajah 1)
Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di “World Wide Web”.  Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka.  Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup, folksonomies dan   sebagainya.

                                      Gambar sumber dari Google.com

Web 2.0 ini telah mengubah dunia teknologi internet di seluruh dunia. Ini menyebabkan internet menjadi kegilaan ramai oleh pengguna internet. Misalnya penggunaan halaman web facebook dan twitter yang sangat popular pada masa ini. Seluruh masyarakat dunia setiap hari melayari facebook mereka untuk berkongsi maklumat, ilmu, gambar, aktiviti mereka seharian.
Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru mengenai satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang lebih bermakna. Pelajar lahir dizaman teknologi media baru ini kurang minat untuk menyiapkan lembaran kerja dan mendengar ceramah yang diberikan oleh guru mereka. Ini kerana pelajar-pelajar telah terlibat di peringkat sejagat (global). Kekurangan penyertaan dalam bilik darjah tradisional telah menahan banyak fakta sebaliknya pelajar berpeluang menerima maklum balas atau fakta yang lebih baik melalui atas talian (online).

Dalam siaran TV Pendidikan di Malaysia, web 2.0 juga berkembang dengan pesatnya iaitu dengan kemunculan eduwebTV. Sejarah awal TV Pendidikan bermula pada tahun 1972-1999 di mana ia disiarkan melalui TV2 sahaja. Manakala dari tahun 2000 ke 2006 TV Pendidikan ditayangkan melalui Astro Channel 13. Tahun 2007-2008 pula siarannya adalah di Media Prima TV9. Keseluruhannya TV Pendidikan ini disiarkan secara  “terrestrial” TV. Ini telah menyebabkan masalah penjadualan pelajar yang menonton adalah sukar diselaraskan kerana satu kelas hanya boleh menonton dalam satu masa.

Pada tahun 2008 eduwebTV diperkenalkan dan ia boleh dilayari melalui internet. EduwebTV merupakan medium terbaru dalam penyiaran pendidikan di mana ia mensasarkan Pendidian Digital untuk semua. Berdasarkan “streaming” dan muat turun video pendidikan melalui internet ia boleh memuat turun latihan, pemindahan teknologi, kandungan dan editorial. Ini dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya disamping menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat pendidikan yang berkesan. Selain itu pelajar boleh melayari, melihat, memuat turun maklumat yang mereka inginkan dengan tidak mengira masa dan di mana mereka berada asalkan mereka mendapat akses jaringan internet. EduwebTV boleh dilayari melalui www.eduwebtv.com

Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0.  Seperti yang telah dihuraikan, e-pembelajaran Web 1.0 pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. E-pembelajaran 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi. E-pembelajaran 2.0 menekankan aspek pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking). E-pembelajaran 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, saling berkaitan, peribadi , ciptaan dan terbuka. 

                                      Gambar sumber dari Google.com 

Secara ringkasnya, Web 2.0 adalah pengguna komputer akan melihat RSS reader. Pengguna melayari website dan mereka dapat membaca, melihat, menulis komen, pandangan, mengedit kandungan dan memuat turun gambar. Selain daripada itu juga, pengguna boleh melihat, memberi komen dalam paparan rakan yang lain dan membalas komen.


0 comments:

Post a Comment