2. TUGASAN INFOGRAFIK
3. TUGASAN SLIDE INDIVIDU
5. LITERASI MAKLUMAT
Literasi maklumat merupakan satu kemahiran yang digunakan dalam mendapatkan maklumat dan mengenalpasti keperluan sesuatu maklumat. Ia juga bertujuan untuk penyusunan maklumat mengenal pasti bagaimana kepentingan maklumat dalam sesuatu penyelesaian permasalahan terutamanya dalam akademik iaitu bidang penyelidikan. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) telah mendefinisikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengakseskan dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif. Manakala American Library Association (2010) mengatakan bahawa literasi maklumat sebagai set kebolehan yang diperlukan oleh seseorang untuk mengenal pasti bila maklumat diperlukakn dan dimiliki untuk mendapatannya, menilainya dan menggunakannya secara efektif.
A) Obtain an example of a manipulative's that you could use for instruction. Submit the manipulative's and a description of how you would use it, including an objective.
Pengajaran yang akan dilakuan
oleh saya ialah dengan menggunakan lawatan luar kelas (Field Trips). “Field
Trips” ini digunakan dengan mengadakan satu lawatan di luar bilik darjah untuk
mengkaji proses sebenar seperti mengenali orang perseorangan yang tertentu,
mengenali objek, mengenali sesuatu tempat untuk beberapa waktu masa tertentu .
Objektif cara ini dipilih supaya pelajar merasai sendiri situasi tersebut dan secara
langsung memberikan pengalaman kepada mereka. .
Dengan melakukan lawatan ini, ia
membolehkan pelajar untuk menghadapi fenomena yang tidak boleh dibawa masuk ke
dalam bilik darjah untuk membuat pemerhatian dan kajian. Contohnya ialah guru
membawa pelajar melihat pertandingan badminton yang disertai oleh pemain nombor
satu dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei. Selain itu juga guru boleh membawa
pelajar ke pusat akuatik untuk mendedahkan para pelajarnya dengan sukan renang.
Dengan ini pelajar dapat melihat dan memahami cara permainan yang betul.
B) Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson.
Guru
ingin membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran PJK
tingkatan 3, tentang . Pengajaran boleh dibuat dengan guru menganjurkan satu
lawatan bersama pelajar-pelajar ke Pusat Sukan, Sabah. Maklumat tentang muzium
tersebut seperti bayaran masuk dan juga masa untuk lawatan boleh dilayari di
laman web berikut :-
A) Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi?
Video literasi adalah salah satu bahan
media massa yang meliputi pengetahuan serta kemahiran yang digunakan dengan secara
meluas dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu juga video literasi ini
digunakan dalam mempersembahkan sesuatu maklumat secara dinamik dan realistik bagi
menarik perhatian kumpulan sasaran dengan berkesan, cepat dan pantas. Disamping
itu juga ia merupakan satu gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio
dalam satu medium.
B)
Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
Lima konsep utama dalam menonton Video:
i) Siapa yang mencipta mesej.
ii) Teknik kreatif yang digunakan bagi menarik perhatian penonton.
iii) Pemahaman mesej yang berbeza, disampaikan oleh penonton yang berbeza.
iv) Perbezaan nilai, gaya hidup dan pandangan yang ditunjukkan.
v) Tujuan utama mesej yang disampaikan.
i) Siapa yang mencipta mesej.
ii) Teknik kreatif yang digunakan bagi menarik perhatian penonton.
iii) Pemahaman mesej yang berbeza, disampaikan oleh penonton yang berbeza.
iv) Perbezaan nilai, gaya hidup dan pandangan yang ditunjukkan.
v) Tujuan utama mesej yang disampaikan.
Lima konsep utama penghasilan Video
1) Apakah yang dihasilkan melalui video
tersebut.
2) Adaah mesej yang disampaikan dapat
menghasilkan kefahaman dalam format video, kreativiti, dan teknologi
3) Adakah mesej yang dihasilkan melalui
video tersebut dapat mencapai sasaran penonton yang diutamakan.
4) Apakah video yang dihasilkan dapat menerapkan
nilai-nilai hidup dan pandangan yang secara jelas serta konsisten.
5) Apakah keberkesanan penghasilan
video tersebut.
C) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
I.
Domain Kognitif
Dalam
domain kognitif, pelajar akan dapat melihat dan mengetahui peristiwa-peristiwa bersejarah
dan peristiwa terkini dalam bentuk rakaman yang sebenar. Dengan terciptanya
teknologi video yang berwarna-warni, ada bunyi, dan gerakan di dalam video,
ianya dapat menghasilkan satu pergerakan peristiwa yang sebenarnya. Video juga
digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menarik minat pelajar dalam
memahami satu-satu tajuk yang diajar oleh guru mereka. Disamping itu juga ianya
dapat menunjukkan proses, hubungan atau teknik berkaitan dengan pembelajaran
dan pengajaran.
II.
Domain Efektif
Peranan
model dan mesej dramatik yang terdapat dalam video boleh mempengaruhi sikap seseorang
pelajar dalam proses pembelajaran yang efektif. Ini kerana ianya berpotensi besar
dalam memberi kesan emosi. Selain dari itu juga video amat berguna dalam membentuk
peribadi, sahsiah dan sosial pelajar. Misalnya program dokumentari didapati sangat
berkesan ke atas sikap pelajar. Sebagai contoh, dokumentari tentang zaman Great
Depression, sangat berkesan dalam membayangkan kesusahan era tersebut ke dalam
diri pelajar yang tidak pernah merasai dan mengenali kesusahan dalam hidup
mereka. Selain itu, pelajar juga boleh mengetahui dan memahami sesuatu budaya hidup
di seluruh dunia dengan melalui tontonan video.
III.
Domain Psikomotor
Video
adalah yang terbaik untuk menunjukkan kemahiran yang dihasilkan dengan
menggunakan kemahiran psikomotor. Ini kerana psikomotor adalah berkaitan dengan
pergerakan tubuh badan seseorang. Penggunaan kemahiran ini lebih senang
ditunjukkan melalui demonstrasi melalui video berbanding dengan proses
kehidupan realiti. Penggunaan video juga memudahkan bagi menunjukkan setiap langkah
kerana ianya dapat digerakkan secara pantas dalam satu-satu masa. Apa yang
lebih menarik lagi ialah guru boleh merekodkan persembahan setiap orang pelajar
mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar dapat melihat kembali setiap pergerakkan
yang dibuat oleh mereka. Maka dengan ini, guru-guru dan rakan pelajar boleh
memberikan komen kepada rakan mereka berdasarkan persembahan yang ditunjukkan.
IV.
Domain Interpersonal
Dengan
menonton program video bersama-sama, pelbagai kumpulan pelajar boleh membina
asas pengalaman yang sama sebagai pemangkin untuk perbincangan. Apabila pelajar
mempelajari kemahiran interpersonal, seperti menyelesaikan konflik atau
hubungan rakan sebaya, mereka membuat pemerhatian tingkah laku orang lain dalam
video untuk demonstrasi dan analisis. Maka pelajar mempraktikkan kemahiran
interpersonal mereka di hadapan kamera supaya mereka boleh melihat diri mereka
dan juga menerima maklum balas daripada rakan-rakan dan guru. Peranan yang
dimainkan oleh Vignettes boleh dianalisis untuk menentukan apa yang berlaku dan
meminta pelajar apa yang akan mereka lakukan seterusnya. Pembukaan dan penamat
yang dramatik mempersembahkan konfrontasi yang tidak dapat diselesaikan,
meninggalkan kepada penonton untuk membincangkan pelbagai cara untuk menangani
masalah tersebut.
D) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
i.
Dokumentari
-memaparkan
dokumentari yang melibatkkan fakta dan bukan fiksyen. Video dokumentari cuba
untuk menggambarkan cerita sebenar dengan situasi dan orang-orang yang sebenar
yang terlibat.
ii. Lakonan
-
membantu dalam meningkatkan kemahiran bersoaljawab, menggalakkan perbincangan,
pemahaman dan kreativiti pelajar. Boleh juga membina karakter dan sikap positif
pelajar di kalangan masyarakat majmuk dalam membina keyakinan diri dan semangat
bekerjasama secara berkumpulan.
iii.
Penceritaan
-Cara
ini akan menjadikan seseorang pelajar lebih kreatif dalam penulisan, literasi
visual dan kemahiran menghasilkan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar
pelajar bagi menghasilkan idea dan memberi pendapat mereka melalui penceritaan.
Berdasarkan video secara penceritaan ini, pelajar boleh mengajar disamping
mereka boleh belajar.
iv. Lawatan
-
Melalui video literasi ini pelajar boleh
melihat tempat-tempat yang kemungkinan mereka tidak mungkin dapat pergi. Dengan
ini ia dapat mempertingkatkan dan membina pengetahuan daripada pembacaan buku
teks, deskripsi internet ataupun mendengar pengajaran.
E)
Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam
bilik darjah.
Pemilihan Video :
Di dalam dunia pendidikan, guru
mempunyai ruang untuk mengakses pelbagai video pendidikan dari pelbagai sumber
maklumat seperti dari syarikat swasta, persatuan, dan agensi-agensi kerajaan
yang menaja video untuk sebab-sebab tertentu. Kelebihan akses ini adalah ada
yang secara percuma dan jika ada yang dibayar pun kadarnya adalah murah. Namun,
kita perlu berhati-hati dalam memilih video sebegini kerana terdapat juga
bahan-bahan video yang dihasilkan oleh persendirian atau syarikat swasta yang
mempunyai kepentingan sendiri di mana ia berasaskan produk mereka yang sama
sekali tidak sesuai untuk tujuan pengajaran. Contohnya, pembuatan minuman
beralkohol ataupun rokok. Beberapa material kerajaan dan persatuan mungkin juga
mengandungi sedikit propaganda atau hasutan. Oleh itu, dalam memilih video
sebagai bahan pengajaran, guru mesti meneliti material tajaan tersebut terlebih
dahulu agar video yang dipilih adalah bernilai sebagai bahan pengajaran di
dalam bilik darjah.
Penilaian Video :
Selepas
pemilihan beberapa video yang berkualiti , guru boleh menggunakan alat
penilaian yang bersesuaian untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan dengan menggunakan video tersebut. Selain dari itu juga ada
di antara sekolah dan laman pendidikan menyediakan borang penilaian yang telah
diselaraskan untuk membuat penilaian terhadap beberapa faktor yang melibatkan
orang lain. Bentuk penilaian yang ringkas dan lengkap juga dapat membantu guru
tersebut untuk memilih bahan-bahan bantu mengajar yang dapat menarik lebih
minat pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.
8.
CIRI-CIRI VISUAL
Visual menjadi bahan yang penting dalam menyampaikan
maklumat dalam pelbagai bidang dalam dunia pendidikan. Visual membawa peranan
yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru dalam
menarik perhatian atau minat pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Ini kerana visual merupakan alat penerangan, pendorong dan pemberitahuan guru
dalam membantu mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan, kritis dan
kreatif. Berikut adalah ciri-ciri visual:-
A)
Susunan
(Arrangement)
Langkah pertama yang perlu diambil dalam reka cipta
visual ini ialah apakah elemen-elemen yang perlu digunakkan dalam susunan visual
kita. Ini kerana susunan corak visual yang menarik akan menentukan bagaimana ia
menarik perhatian seorang pelajar terhadap visual yang kita paparkan.
B)
Keseimbangan
Visual (Balance)
Keseimbangan perlu ada
dalam rekaan sesuatu visual. Elemen grafik disusun secara seimbang agar mempunyai
daya tarikan dan keselesaan untuk mereka yang melihat visual tersebut. Terdapat
dua jenis keseimbangan dalam visual iaitu keseimbangan formal - keseimbangan yang sama atau
simetri di antara kedua-dua bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah. Keseimbangan
tidak formal pula bermakna pembahagian yang tidak sama rata. Keseimbangan
dalam rekabentuk visual adalah penting untuk
memastikan kesimbangan simetri
yang dapat membahagikan komposisi visual diantara tengah-tengah garisan
melintang atau menegak untuk menghasilkan satu rekabentuk yang menepati semua elemen yang diperlukan. Ianya perlu memastikan sisi paksi pada visual
tersebut bersesuaian sama ada melintang, menegak atau kedua-duanya ada pada
keseimbangan simetri. Contohnya seperti
refleksi pada cermin. Selain daripada itu, rekabentuk visual tersebut juga
menitikberatkan elemen keseimbangan seperti skala, warna, kontras dan
lain-lain.
Untuk menghasilkan reka bentuk visual yang menarik, kita
haruslah tahu mengaplikasikan kesesuaian ton warna yang harmoni seperti yang
terdapat dalam ton roda warna. Mana-mana dua warna yang terletak bertentangan
antara satu sama lain pada roda warna dipanggil pelengkap warna contohnya merah
dan hijau atau kuning dan ungu. Manakala warna yang terletak bersebelahan
antara satu sama lain pada roda warna dipanggil warna analogi. Kombinasi skema
warna yang sepadan dalam visual seperti dalam menghasilkan slide “power point”
akan menghasilkan visual tayangan pada slide lebih yang menarik. Warna yang
sesuai akan dapat menimbulkan gambar tersebut.
D)
Dapat
dilihat (Legibility)
Visual yang dibuat hendaklah dapat dilihat dan dibaca
oleh audien/pelajar. Kita hendaklah menfokuskan supaya setiap pelajar kita
dapat melihat dan membaca visual kita dengan jelas walaupun mereka pada
jarak/ruang yang jauh. Oleh itu sebagai penceramah/guru, kita hendaklah membesarkan
saiz image, huruf, kontrakan setiap objek, penggunaan warna yang menarik dalam
keseluruhan visual yang kita paparkan. Apabila pelajar kita dapat memahami
penerangan kita berdasarkan pemerhatian visual yang berkesan, maka matlamat
yang ingin kitai capai dalam proses P&P dengan pelajar dapat tercapai.
E)
Appeal
Pelajar/peserta yang berbeza akan menyebabkan tetapan pun
berbeza. Ini dikenali sebagai gaya reka bentuk yang berbeza. Penonton yang
berbeza akan menyebabkan visual yang dibuat adalah berbeza contohnya program tv
kanak-kanak berbeza dengan program tv org dewasa. Kebanyakan visual terdiri daripada dua dimensi. Walau
bagaimanapun, guru boleh menambah satu dimensi ketiga dengan tekstur atau bahan
sebenar. Misalnya tiga dimensi objek dan bahan-bahan, tekstur boleh
menyampaikan gambaran yang lebih jelas daripada mata pelajaran kepada penonton
dengan melibatkan rasa sentuh contohnya, guru menyuruh pelajar menyentuh
bijirin. Penonton boleh diminta untuk bertindak balas untuk
memaparkan visual dan memanipulasi bahan-bahan yang dimasukkan contohnya dalam
menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan dalam paparan. Pelajar boleh menggunakan
kad jawapan untuk dipadankan dengan fakta ke dalam kedudukan yang betul.
Dalam mereka bentuk visual, guru hendaklah menggunakan
prinsip “universal design” dalam
mencipta visual yang bersesuaian bergantung kepada tahap umur, kebolehan dan
kawasan pembelajaran seseorang pelajar. Ini kerana kepelbagaian tahap stail reka bentuk ini dapat membantu pelajar dengan pelbagai
tahap pembelajaran, termasuk kurang upaya dan bakat istimewa. Prinsip-prinsip
ini menggalakkan penggunaan yang mudah, intuitif, saksama, dan fleksibel
visual.
9. LATIHAN EXCEL
0 comments:
Post a Comment