Ciri-ciri utama Skype

Pengguna berdaftar Skype dikenalpasti melalui nama Skype yang unik, yang disenaraikan atau didaftarkan didalam direktori Skype.
Skype akan membenarkan pengguna mendaftar dan berkomunikasi diantara satu sama lain melalui pesanan ringkasan (instant messaging) atau perbualan suara (voice chat). Perbualan suara membolehkan pengguna berdaftar dengan Skype berbual di antara satu sama lain dengan menggunakan kaedah “audio códec”. Manakala perbualan melalui teks pula membolehkan sekumpulan pengguna yang berdaftar dengan Skype berbual diantara satu sama lain di dalam kelompok atau kumpulan pada satu masa dengan menggunakan aplikasi emosi (emoticons), menyimpan rekod perbualan dan melakukan edit kepada perbualan teks yang lepas (secara offline).
Penggunaan skype juga boleh berkongsi fail diantara satu sama lain walaupun mereka berada pada jarak beribu batu jauhnya. Meraka boleh berkongsi semua jenis fail seperti data sulit, fail pejabat dan juga gambar dengan pemindahan ini dijamin akan keselamatannya.
Pada Januari, 2006  Skype telah memperkenalkan perbualan koferansi secara video di antara dua pengguna yang melibatkan pengguna platform Windows dan Mac OS X. Manakala Skype 2.0 untuk Linux pula telah diperkenalkan  pada 13 Mac 2008, juga mempunyai ciri-ciri yang menyokong perbualan konferansi secara video. Versi 5 beta 1 untuk Windows, telah digunakan di pasaran bermula pada 13 Mei 2010, yang menawarkan perbualan konferensi video sehingga lima orang pengguna dalam satu-satu masa. Melalui panggilan video ini, satu kebolehan skype dimana pemanggil bukan sahaja boleh membuat panggilan, tetapi mereka berpeluang untuk melihat orang yang menjawab panggilan. Penggunaan Skype video ini, sangat penting dalam pendidikan terutamanya apabila ia melibatkan pendidikan jarak jauh, guru atau pelajar yang tidak dapat menghadiri sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah, contohnya pelajar sakit dan berada di hospital.
Skype untuk Windows, bermula dengan versi terbaharu 3.6.0.216, sesuai untuk kualiti dan ciri-ciri “Video Berkualiti Tinggi” seperti skrin penuh atau bentuk skrin di dalam skrin, sama seperti sistem konferensi video tahap pertengahan. Audio Skype dapat menampung perbualan secara audio sehingga 25 orang, termasuk hos.
Nombor atas talian atau SkypeIn, adalah perkhidmatan yang membenarkan pengguna Skype untuk menerima panggilan melalui komputer pengguna, dari talian telefon tetap (fix line) pengguna yang berdaftar dengan Skype. Tetapi perkhidmatan ini hanya terdapat di negara-negara seperti Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Denmark, Republik Dominican, Estonia, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, New Zealand, Poland, Romania, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, Turki, Belanda, England dan Amerika Syarikat. Pengguna Skype boleh memiliki nombor telepon tempatan di negara berkenaan, dan kadar panggilan adalah sama dengan kadar panggilan talian tetap di negara tersebut.
Walau bagaimanapun, Skype tidak mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan kecemasan, misalnya 911 di Amerika Syarikat dan Kanada atau 999 di Great Britain. Ini kerana Federal Communications Commission Amerika Syarikat (FCC) telah menolak, atas tujuan seksyen 255, Akta Telekomunikasi, bahawa Skype bukanlah “pembekal Voip Suara”. 
Skype WiFi pula membenarkan pengguna berdaftar untuk membayar per minit untuk menggunakan Internet di tempat-tempat pusat perniagaan tanpa wayar menggunakan Kredit Skype. Di samping itu, juga dengan adanya panggilan percuma sesama pengguna skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan serta mesra pengguna dan menjimatkan kos panggilan.  Sehingga Mei 2010, senarai Skype yang menggunakan talian tanpa wayar ini berjumlah lebih daripada 100 rangkaian.

Ciri-ciri aplikasi

Web “Skype Toolbar” boleh mengenalpasti telepon dan nombor Skype, dan didapati hanya untuk Internet Explorer dan Mozilla Firefox untuk Window. Nombor di dalam laman web berkenaan akan digantikan dengan ikon yang boleh di-klik untuk menghubungi nombor menggunakan Skype atau klik kanan untuk memberikan lebih banyak pilihan, contohnya menambahkan nombor ke dalam senarai Skype. “Toolbar” Skype akan mengesan nombor telepon secara automatik. Fail log akan diwujudkan di dalam senarai kenalan pengguna, dan akan disimpan untuk pengguna yang sah mempunyai kenalan ini sahaja.
Di dalam Window, Skype boleh digunakan secara terus dari USB flash drive, tanpa memuat-turun di dalam komputer hos. Manakala di dalam Mac OX X, muat-turun aplikasi Skype ke dalam komputer hos adalah tidak perlu. 

0 comments:

Post a Comment