REAHAN ABDUL GAPOR (PT122304CT)





REAHAN BIN ABDUL GAPOR
(PT122304CT)




 TUGASAN 2 INFOGRAFIK

Klik Di sini/ReahanAbdulGapor/amalan-gaya-hidup-sihat



TUGASAN 1 INDIVIDU

Tugasan 1
Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Jawapan
Dengan bermodalkan RM1 juta saya akan memulakan perniagaan menjual peralatan untuk membina rumah, bagunan dan sebagainya. Saya juga memberi perkhidmatan dengan berkerjasama dengan syarikat tender untuk mendapatkan tender pembinaan dan sebagainya...Untuk memastikan keuntungan perniagaan sya terletak tepi jalan utama dan penggunaan teknologi informasi untuk mendapatkan tender-tender dari syarikat lain dalam industri pembinaan dan perkhidmatan.

Tugasan 2
Multimodality
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction

Jawapan
Multimodality adalah penggunaan pelbagai cara dalam proses pembelajaran. Oleh kerana pelbagai keperluan literasi pelajar, mereka memerlukan kita sebagai guru untuk membezakan produk, proses dan kandungan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran, minat dan kesediaan mereka. Bermula dengan penyelidikan kecerdasan pelbagai Howard Gardner dan mengembangkan dengan proliferasi teknologi baru yang telah membawa kepada literasi baru, penyelidikan literasi terus meneroka cara pelbagai kaedah untuk pembelajaran pelajar-pelajar kita. Multi modality instruction pula cara memberi maklumat yang penting dan tugasan dalam format kedua-dua lisan dan bertulis untuk membantu menggalakkan akses kepada kandungan kursus. Pendekatan multi-modality instruction membantu pelajar dalam mencari modaliti yang konsisten dengan kekuatan pembelajaran mereka.

Tugasan 3
Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

Jawapan
i) Multimedia seperti videoterdiri daripadapenggunaan teks, grafik, video, audio dan animasi dan dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- visual, auditori, read & kinestetik.

ii) Pembelajaran dan pengajaran ubiquitous boleh dilaksanakan secara online dan jarak jauh. Contohnya teknologi Web 2.0, memerlukan interaksiantara pelajar dengan guru/pensyarah dan membolehkan mereka berkongsi maklumat serta membina dan menyumbang maklumat.

iii) Penggunaan video dapat meluaskan dan melihat secara lebih mendalam dalam pembelajaran (high-order thinking).
iv) Sebagai contoh, video call dan video conferencing membolehkan setiap pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam satu sesi perbincangan. Selain itu, mereka juga dapat bertukar-tukar pandangan dan idea bersama rakan dan guru

v) Penggunakan video dalam kalangan pelajar akan dapat meningkatkan kesedaran terutamanya berkaitan dengan isu-isu semasa. Contohnya, penayangan video berkaitan dengan sejarah negara kita akan dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap semangat cintakan negara.

Tugasan 4
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Jawapan
1) bekalan elektrik terputus
2) pemain video rosak,
3) DVD/CD tayangan rosak,
4)sistem audio rosak (tiada bunyi).
5) Guru tidak tahu menggunakan pemain video dan tiada staf teknikal.

Tugasan 5
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas.

Jawapan
sebelum:
1) kemudahan peralatan disediakan dalam keadaan elok dan berfungsi.
2) kesesuaian video.
3) menyediakan soalan dan aktiviti berkenaan dengan topik video.

semasa:
1) memastikan para pelajar memberi perhatian semasa video ditayangkan.
2) elakkan gangguan luar seperti bunyi bising dan pergerakkan pelajar keluar masuk .

selepas:
1) membuat penerangan ringkas mengenai tayangan tersebut.
2) bertanya pendapat kepada para pelajar tentang video yang ditayangkan.
3) mengadakan sesi soal jawab dengan para pelajar berkaitan dengan topik video yang ditayangkan untuk melihat tahap kefahaman mereka terhadap tayangan tersebut.
4) membuat kesimpulan berkenaan topik yang ditayangkan di dalam video tersebut.
5) memberikan tugasan kepada para pelajar

Tugasan 6
Assignment manipulatives

Jawapan
adjective
1. Of or pertaining to manipulation; performed by manipulation. Terjemahkan

adjective satellite
2. skillful in influencing or controlling others to your own advantage

Tugasan 7
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

Jawapan
1)Literasi Video bermaksud pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil video atau pandangan bermakna untuk menghasilkan sesuatu video. Pengetahuan dan kemahiran di sini merangkumi aspek pengetahuan asas seperti cara menggunakan alatan, mengambil video, mengedit dan sebagainya.

2a. Menonton :
i. Siapa yang mencipta mesej ini?
ii. Teknik kreatif apa yang digunakan untuk menarik perhatian saya?
iii. Bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini berbeza?
iv. Apakah nilai, gaya hidup, dan mata pandangan yang ditinnggalkan?
v. Apakah tujuan mesej?

2b. Menghasilkan video :
i. Apa yang saya karang atau hasilkan?
ii. Adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan teknologi?
iii. Adakah mesej saya menarik perhatian penonton sasaran saya?
iv. Adakah saya jelas dan konsisten berkenaan dengan rangka nilai, gaya hidup, dan pandangan dalam mesej saya?
v. Adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan?

3. Pembelajaran pelajar dipertingkatkan melalui aplikasi video
Dengan menggunakan video, Domain kognitif, affective, psikomotor dan interpersonal pelajar dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana, pelajar bukan sahaja dapat mendengar audio dari video tersebut, malah melihat visualnya sendiri. Selain itu, aplikasi video juga membolehkan seseorang pelajar supaya berfikir tentang kesan, kisah di sebalik dan isi kandungan video tersebut. KBKK secara tidak langsung akan diterapkan dalam kaedah ini.

4. Empat jenis video
i. Video dokumentari - merupakan video yang digunakan untuk dokumentari sebenar seperti haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel.
ii. Video Dramatris : Video yang membawa pelajar untuk berilusi melepasi pemikiran logik.
iii. Video Penceritaan : Video yang menceritakan tentang sesuatu perkara.
iv. Video Virtual : Video yang membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat di kunjungi oleh pelajar dalam masa terdekat.

5. Memilih & Menilai video
i. Memilih video : Guru boleh mengakses video dari beberapa laman sesawang contonhya di youtube. Video hendaklah sesuai dengan objektif pembelajaran pada hari tersebut
ii. Menilai video : Di sesetengah sekolah guru menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video dalam proses P & P mereka pada hari tersebut.


Tugasan  8
Design of Visual
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Jawapan
Dalam konteks seni, seni grafik merupakan satu istilah kolektif bagi segala reka bentuk yang
berkaitan dengan cetakan, penerbitan dan pembungkusan. Ciri-ciri reka cipta visual ialah mudah, jelas dibaca dan difahami, mesej dapat ditafsir dengan berkesan, Interaksi aktif di antara pelajar, guru.

1 comments: