Terdapat beberapa perbezaan di antara
web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web 2.0 adalah kesinambungan daripada web 1.0
itu sendiri. Namun begitu terdapat perbezaan antara keduanya. Dalam web 2.0,
pengguna tidak perlu melawat satu-satu laman web yang khusus jika hendak
mengetahui sebarang maklumat mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebut boleh
didapati pada mana-mana laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dan capaian
untuk laman web lain.
Tidak seperti web 1.0, kita perlu
buka laman web yang betul atau sama jika ingin mendapatkan maklumat mengenai
sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita ingin mendapatkan maklumat mengenai
telefon Samsung, kita perlu pergi ke laman web Samsung. Ini adalah ciri web
1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak semestinya perlu pergi ke
laman web Samsung jika ingin mendapatkan sebarang maklumat. Kita boleh melayari
laman web Samsung melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatan
capaian yang mudah. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu
melayari laman web tersebut. Aplikasi web 1.0 lebih terbatas. Pengguna perlu
melawat laman web tertentu jika ingin mendapatkan maklumat. Ia lebih sukar dan
tidak mesra pelanggan. Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding
web 2.0.
Dapat kita ringkaskan bahawa Web 1.0
dengan Web 2.0 ialah :
• web
2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0 diperkenalkan
pada pertama kali.
• web
2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik.
• web
1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut aktiviti yang
lebih.
• aliran
dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web 2.0
Perbezaan utama dalam Web 2.0 dan Web
1.0 adalah keterbatasan pada Web 1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk
datang ke dalam website tersebut dan melihat satu persatu isi kandungan di
dalamnya. Sedangkan Web 2.0 menghendaki pengguna internet dapat melayari semua
maklumat dalam website tanpa harus berkunjung ke alamat yang berkaitan.
0 comments:
Post a Comment