JUS NYIRIM (PT122114CT)

1. JUS ANAK NYIRIM (PT122114CT)

















2. Tugasan Individu - Slide

 

1 Slide from 030212

3. Tugasan Latihan Edmodo


Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Jika saya mempunyai modal RM1 juta, saya ingin mengusahakan perniagaan car wash di kawasan Universiti Appartment 1 memandangkan hanya satu sahaja kedai car wash yang terdapat di kawasan Jalan UMS sedangkan ramai pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Lokasi ini mempunyai ramai pelanggan memandangkan kawasan perumahan dan ramai pengguna kenderaan dan kebanyak rumah flat yang menyukarkan aktiviti mencuci kenderaan sendiri. Bagi memastikan perniagaan ini mendapat keuntungan, saya perlu memberikan perkhidmatan yang menepati citarasa pelanggan misalnya proses menunggu yang tidak terlalu lama, penggunaan bahan pencuci yang berkualiti, mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pekerja mahir dan sebagainya.


Bagaimana untuk memastikan perniagaan itu 100% untung? Apakah faktor-faktor yang perlu difikirkan sebelum dan semasa perniagaan itu dimulakan?

Bagi memastikan perniagaan saya 100% untung saya perlu merancang aktiviti d peringkat sebelum memulakan perniagaan dan semasa menjalankan perniagaan. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan saya perlu mengenalpasti lokasi yang sesuai dan strategik begi memulakan perniagaan car wash saya iaitu kawasan Universiti Appartment 1 kerana mempunyai pemintaan pelanggan terhadap perkhidmatan car wash yang tinggi. Selepas itu, proses pendaftaran perniagaan kepada pihak berkuasa. seterusnya perancangan penggunaan alatan yang akan digunakan semasa menjalankan perniagaan dengan mengambil kira kualiti alatan tersebut. Pemilihan pekerja juga perlu dilakukan sebelum melakukan perniagaan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 2 orang pekerja mahir bagi mengendalikan pekerja lain yang kurang mahir.
Semasa menjalankan perniagaan pula, saya perlu menyediakan perkhidmatan car wash yang baik dan menepati citarasa pelanggan saya. misalnya jangka masa menunggu yang tidak terlalu lama, keselesaan semasa menunggu, dan memberikan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Pengurusan dan pentadbiran perniagaan juga perlu cekap. selain itu pemsaran perkhidmatan juga penting untuk memberi pengetahuan tentang perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai serta menarik minat orang untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Perancangan pasaran yang teliti bukan sahaja akan memberikan keuntungan kepada perniagaan saya tetapi juga akan dapat merangka perjalanan perniagaan saya pada masa akan datang.



Apakah definisi teori multi modality? Apakah yang dimaksudkan dengan multi modality instruction?

Pada pendapat saya, multi modality merupakan penggunaan pelbagai kaedah, cara ataupun persepsi deria oleh guru dalam proses pengajarannya di dalam bilik darjah. Multi modality instruction pula salah satu cara berkesan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai bagi memenuhi tahap kecerdasan pelajar yang juga pelbagai. Menerusi multi modality instruction ini memerlukan guru kreatif merancang pengajarannya dan perlu menilai terlebih dahulu tahap kecerdasan pelajarnya. Penggunaan sumber yang pelbagai juga digalakkan seperti bahan berasaskan komputer, pita video dan pita audio. Bahan-bahan ICT tersebut akan mampu menarik minat pelajar untuk terus mengikut pelajaran di dalam kelas.


i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran.

Gaya pembelajaran adalah "motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experinces". Guru perlu menggunakan pendekatan yang pelbagai seperti pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, berpusatkan guru atau berpusatkan bahan misalnya penggunaan ICT. Penggunaan video dalam bilik darjah merupakan contoh pengajaran menggunakan bahan ICT.

ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning.

Pembelajaran Ubiquitous ialah pendekatan pembelajaran yang merentasi masa dan tempat. dengan adanya akses kepada internet menggunakan alat seperti komputer, ipad, telefon dan sebagainya. Penggunaan video membolehkan pelajar berhubung dengan guru dan pelajar tanpa berada dalam kelas. Keadaan ini seperti mana yang diamalkan di negara Republik Korea di mana mereka mengamalkan pembelajaran ubiquitous berpaksikan kemahiran abad ke 21 dalam program ICT dalam pendidikan.

iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTs (higher order thinking skill)

HOTS merangkumi kemahiran seperti pemikiran kreatif dan kritis, analitik, penyelesaian masalah dan visualization yang dikenali juga sebagai tahap pemikiran yang tinggi. Penggunaan video yang cekap dan berkesan dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar dan pemikiran analitik.

iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.

Penggunaan video dalam P&P dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar di mana selepas menayangkan video, guru boleh membuat aktiviti dalam kumpulan bagi membincangkan tajuk yang telak dipertontonkan. keadaan seterusnya meningkatkan interaksi antara pelajar.

v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran.

Video mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pelajar. secara tidak langsung ini akan mempengaruhi perasaan dan emosi pelajar dengan lebih nyata serta mengubah sikap. Contohnya berkaitan video amalan kebersihan alam sekitar.


Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Kekangan utama yang dihadapi apabila menggunakan video dalam kelas adalah kekangan masa. hal ini kerana guru mengambil masa untuk meminjam dan memasang alat tersebut. Kekangan kekurangan kemahiran di kalangan guru untuk menggunakan alatan ICT juga menyebabkan guru tidak dapat mengaplikasikan penggunaan video dalam P&P. Selain itu sikap segenlintir guru yang langsung tidak berminat untuk menggunakan kemudahan ICT walaupun ada disediakan oleh sekolah. Kemudahan ICT yang terhad juga menukarkan penggunaan video dlam kelas di samping kemungkinan dalam bilik kelas ada masalah elektrik.semua masalah ini mengakibatkan aplikasi ICT tidak dapat dijalankan.



Bagaimanakah menggunakan video dalam kelas?sebelum, semasa dan selepas.

Pemilihan video perlu sesuai dengan tajuk pelajaran dan sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Sesebuah video perlu dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebelum tayangan dimulakan, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan. Semasa tayangan dijalankan kalau boleh tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu sahaja. Guru juga perlu menonton bersama pelajar serta menunjukkan minat terhadap apa yang ditayangkan. Selepas tayangan pula, guru perlu membuat refleksi dengan mengemukakan soalan ringkas kepada pelajar. Ini bagi menilai pemahaman pelajar berkaitan apa yang dilihat dalam tayangan video. Guru juga boleh membuat ulangan terhadap bahagian-bahagian yang penting.


Apakah yang dimaksudkan dengan manipulative?

Manipulatif maya adalah satu interaktif yang berasaskan web bagi menunjukkan objek yang dinamik. Terbahagi kepada dua iaitu manipulatif statik dan manipulatif dimanmik. Matipulatif statik merupakan penggunaan gambar yang konkrit dan tidak dapat dimanipulasikan atau digerakkan. Manipulatif dinamik pula, gambar boleh dimanipulasikan seperti meluncurkan, flip atau memutarkannya. Contohnya penggunaan matipulatif maya dalam matapelajaran matematik ialah penggunaan kalkulator, di mana pelajar dapat memberi tumpuan kepada strategi untuk menyelesaikan masalah dan bukannya pengiraan sendiri. Kebaikan manipulatif maya adalah boleh diakses oleh pelajar di mana-mana sahaja asalkan mempunyai rangkaian internet. Ianya juga digunakan secara percuma, mudah dan cepat berbanding menggunakan kertas dan pensil.


      Apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?

Literasi bermaksud pengetahuan atau kemahiran. Video pula adalah mana-mana format media elektronik yang menggunakan gambar bergerak untuk menyampaikan mesej. Literasi video bermaksud pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan dan menghasilkan video.

     Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.

i)             An author contructs the message.
ii)            The format is unique for each message.
iii)           Each viewer interprets the message differently.
iv)           Poinf of view and values are part of each message.
v)            Most message are organized to promote a specific purpose.

   Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?

Aplikasi video dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru akan dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar. Hal ini kerana video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan realistik atau menyerupai keadaan sebenar. Keadaan ini membolehkan pelajar menjiwai suasana yang digambarkan melalui video.
Video juga meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan video mempercepatkan kadar pemahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk yang disampaikan oleh guru. Pembelajaran juga boleh dilakukan samada secara individu atau berkumpulan.
Selain itu, penggunaan video dalam bilik darjah juga mampu meransang pelbagai deria pelajar disebabkan video merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media seperti audio, grafik dan sebagainya. Secara tidak langsung meningkatkan keberkesanan proses penyampaian mesej.


Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
i)             Documentary
Dokumentari membolehkan pelajar menjiwai keadaan sebenar cerita yang ditayangkan. Selain itu, mampu meraih emosi dan mengubah sikap pelajar selepas menonton. Contohnya dokumentari berkaitan peperangan dengan mudah memberi kesan kepada emosi pelajar apabila melihat situasi dan mangsa peperangan tersebut.
ii)            Dramatization
Drama mampu memberi sentuhan kepada jiwa dan mempesonakan pelajar kerana dibentangkan di hadapan mata mereka. Kesusasteraan klasik disediakan sebagai video, seperti Anne of Green Gables, Hamlet dan Moby Dick. Drama ini mampu memperluaskan peluang pembelajaran pelajar kerana mereka boleh membandingkan dan membezakan perbezaan antara teks dan video. Drama juga merupakan tempat yang sangat baik untuk membina watak pelajar dan sikap positif dalam bidang seperti budaya, kurang upaya, harga diri dan bekerja secara berkumpulan.
iii)           Video Storytelling
Bercerita juga merupakan kemahiran yang penting untuk membangunkan pelajar pada semua peringkat umur. Video bercerita membenarkan para pelajar menjadi kreatif semasa membangunkan penulisan mereka, literasi visual dan matlamat pengeluaran video skills. Tujuan adalah untuk mengajar pelajar meluahkan idea melalui cerita. Dalam proses itu, pelajar boleh mengajar dan belajar.
iv)           Virtual Field Trips
Menggunakan video guru boleh membawa pelajar ke tempat tidak dapat dijejaki, misalnya Amazon Rainforest, Egyptian Pyramids and walk on the Great Wall of China. Lawatan maya (Virtual Field Trips) dapat memperkukuhkan pengetahuan sedia ada pelajar dalam pembacaan dari buku teks, bahan dari internet dan melalui ceramah yang disertai. 


Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

Pemilihan video perlu sesuai dengan tajuk pelajaran dan sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Sesebuah video perlu dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebelum tayangan dimulakan, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan. Semasa tayangan dijalankan kalau boleh tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu sahaja. Guru juga perlu menonton bersama pelajar serta menunjukkan minat terhadap apa yang ditayangkan. Selepas tayangan pula, guru perlu membuat refleksi dengan mengemukakan soalan ringkas kepada pelajar. Ini bagi menilai pemahaman pelajar berkaitan apa yang dilihat dalam tayangan video. Guru juga boleh membuat ulangan terhadap bahagian-bahagian yang penting. 


Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual.

Visual merupakan alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan atau pernyataan bertulis. Keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. Ciri-ciri visual yang baik adalah seperti berikut:-

i) mudah, jelas dibaca dan difahami.
ii) mesej dapat ditafsir dengan berkesan.
iii) Interaksi aktif diantara pelajar, guru dan maklumat yang terdapat dalam visual.
iv) membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

Proses menghasilkan sesuatu visual yang menarik dan cantik perlu menitikberatkan aspek seperti bentuk, ruang, garis, permukaan, warna dan huruf yang digunakan. Misalnya kaedah menggunakan elemen grafik akan menghasilkan visual yang menarik dan berkesan dengan menitikberatkan aspek simplisiti, dominan, pola, keseimbangan, variasi, harmoni, warna dan huruf yang digunakan. Simplisiti atau lukisan yang digunakan perlu jelas dan mudah difahami. Kemudiannya mengenalpasti domain atau objek utama yang ingin ditonjolkan. Domain ini boleh ditonjolkan samada menggunakan peraturan satu pertiga, warna dan bentuk yang kontras, saiz yang lebih besar, pergerakan dan sebagainya. Semasa menghasilkan visual juga perlu menggunakan pola yang menarik penglihatan pelajar samada menggunakan bentuk geometrik atau bentuk huruf. Keseimbangan visual juga perlu diambil berat iaitu pengunaan ruang dalam visual. Gunakan variasi seperti grafik bagi menghasilkan visual yang kelihatan hidup dan menarik serta harmoni. Pilih warna sama ada menggunakan warna akromatik atau kromatik. Titikberatkan juga berkaitan huruf yang digunakan dari segi saiz, bentuk, bilangan, warna, jarak antara huruf dan jarak antara perkataan.


0 comments:

Post a Comment