TRACY TIJAN (PT122280CT)








Perniagaan Modal Rm1 juta

Peniaga yang berani biasanya sanggup mengambil risiko yang tinggi. Rumah sewa mungkin akan menjadi pilihan saya. Berbekalkan modal ini saya boleh membeli 5 unit apartmen. Sasaran pasaran saya adalah  pelajar universiti dan kolej swasta. Perniagaan rumah sewa di kawasan ini amat sesuai memandangkan kawasan ini merupakan tumpuan pelajar dan rumah merupakan salah satu keperluan pelajar.Untuk memastikan perniagaan ini untung saya akan:

i.Membuat iklan rumah sewa
 ii.Meletakkan kadar sewa yang berpatutan
iii. Melengkapi rumah sewa dengan kelengkapan asas yang perlu
membuat penyelenggaraan rumah sewa dari semasa ke semasa untuk keselesaan penyewa

bagi memastikan perniagaan itu 100%untung, saya akan memastikan penyewa berpuas hati dengan perkhidmatan sewaan dan sentiasa memastikan rumah sewaan laku untuk disewa.

antara faktor-faktor yang perlu difikirkan:

Sebelum;
1) kawasan sewaan adalah dalam kawasan sasaran yang betul.
2) cara pengiklanan yang difikirkan terbaik untuk mendapatkan respon positif daripada penyewa.

Semasa;
1) memastikan penyewa sentiasa menepati tempoh masa pembayaran.
2) memastikan keadaan apartmen sentiasa dalam keadaan yang memuaskan terutama bekalan air dan elektrik.

Setelah;
1) sentiasa memastikan tiada ruang bagi apartmen tidak berpenghuni.
2)Sentiasa mencari peluang untuk menambahkan unit apartmen untuk disewa

Apakah Teori Multimodaliti?


Teori Multimodaliti merupakan kepelbagaian kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran guru dalam menyampaikan pembelajaran kepada pelajar agar pelajar dapat memproses input pembelajaran dengan efisien. Sebagai seorang guru,kita harus tahu dan faham bahawa setiap pelajar yang diajar mempunyai tahap IQ dan cara penerimaan pembelajaran yang berbeza-beza. Justeru itu,guru hendaklah mempelbagaikan gaya dan memperbaiki kaedah penyampaian pembelajaran agar lebih berkesan dan menyeronokkan di kalangan pelajar.


’Multi Modality Instruction’ pula merujuk kepada cara penyampaian maklumat penting serta tugasan samada dalam bentuk lisan mahupun bertulis dalam mengakses kandungan satu-satu kursus.Fungsi “multi modaliti instruction” ialah membantu para pelajar memahami lebih cepat dan jelas pembelajaran guru dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran kandungan.

Refleksi  tentang proses dan ciri-ciri Rekacipta Visual :

Prinsip reka bentuk adalah konsep  untuk menyusun maklumat visual. Ia  merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses  maklumat visual serta merupakan idea  bagi menghasilkan imej dua dimensi.  Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk agar  menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan mudah dilihat.
          Ciri-ciri rekacipta visual yang baik ialah mudah, jelas dibaca dan difahami.Selain itu,mesej visual tersebut juga hendaklah mudah ditafsir dengan berkesan. Visual yang ditayangkan juga perlu mempunyai interaksi aktif antara pelajar dan guru,iaitu visual yang dibuat mampu membantu memfokuskan perhatian pelajar terhadap maksud yang terdapat dalam visual agar objektif pembelajaran guru tercapai melalui bantuan visual yang dibuat.

          Proses-proses rekacipta visual termasuklah:

a)     Simplisiti-Lukisan yang dibuat hendaklah jelas dan mudah dibaca.Ini penting untuk mengelakkan penerima berasa tertekan untuk mengetahui apa yang ingin kita sampaikan melalui visual tersebut.
b)     Dominan-Objek atau item yang ingin kita sampaikan mesti ditonjolkan dalam visual yang dibuat mengikut peraturan satu per tiga (Rule of Third)
c)     Pola-Menggunakan pola mengikut geometri atau huruf. Ini membantu menggerakkan mata pemerhati ke arah keseluruhan visual yang ditayangkan.
d)     Seimbang- Kita hendaklah mengelakka meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah serta mengelakkan meletakkan objek yang besar ke atas objek yang kecil.
e)     Variasi-Pelbagai elemen grafik boleh digunakan agar penglihatan visual kelihatan hidup dan menarik minat penonton ke atas persembahan.
f)      Warna-warna yang digunakan tidak menyakitkan mata penonton.Pemilihan warna harmoni.
g)     Huruf-Huruf yang dipilih hendaklah mudah dibaca. Elakkan penggunaan terlalu banyak stail huruf dalam satu-satu persembahan.




i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan  penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.

1.Terdapat 3 gaya pembelajaran utama iaitu Gaya Pembelajaran Visual,Auditori dan Kinestatik. Penggunaan video dalam pembelajaran dan pengajaran amat sesuai dengan gaya pembelajaran visual. Ini kerana pelajar lebih mudah memahami dan mengingat apa yang dipelajari dengan melihat tayangan yang dipertontonkan. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid . Visual   tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”  tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.

2. ‘Ubiquitous learning’  bermaksud pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.Maksudnya melalui penggunaan IT khususnya video dalam pendidikan,pelajar boleh belajar bukan di dalam kelas semata-mata tetapi boleh juga dilakukan di luar kelas dengan menonton video yang berkaitan dengan isi pembelajaran di dalam kelas. Contohnya video berunsur akademik seperti National Geographic,Discovery channel,Oh my English..pelajar secara tidak langsung mendapat ilmu daripada rancangan-rancangan ini yang ternyata lebih menyeronokkan.

3.Berdasarkan video yang dilihat oleh pelajar,mereka secara tidak langsung akan memerlukan aras pemikiran yang tinggi untuk mentafsir dan menganalisa setiap persoalan yang ditimbulkan dalam video yang ditonton. Contohnya, dengan melihat video proses persenyawaan manusia,pelajar akan mengetahui dan mampu menerangkan mengikut urutan yang betul bagaimana proses persenyawaan manusia berlaku.Ini kerana proses ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar,dengan adanya bantuan video yang menayangkan grafik dan animasi yang sesuai pelajar akan lebih memahami proses tersebut.

4.Video juga membolehkan pelajar berinteraksi dengan dunia luar.Contohnya dalam pembelajaran bahasa asing.Video banyak membantu pelajar dalam sebutan yang betul.Pelajar mudah belajar bahasa asing dengan melihat video dan mendengar bunyi sebutan yang tepat melalui tayangan video tersebut.



Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

1.Elektrik-sekiranya berlaku ‘blackout’ penggunaan  alat elektrik tidak dapat dilakukan.Ini menjadi masalah utama terutama bagi sekolah-sekolah di luar bandar

2. kekangan masa-Masa yang terhad untuk pembelajaran sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada guru untuk menayangkan video yang melibatkan masa yang panjang.Ini menyebabkan guru kekurangan masa untuk melakukan aktiviti lain di dalam kelas.

3. Kekurangan perlatan-Tidak semua sekolah dapat menyediakan kemudahan selengkapnya untuk guru-guru.Guru-guru terpaksa bergilir-gilir menggunakan kemudahan yang ada  sedikit sebanyak menyebabkan kelancaran perancangan pengajaran dan pembelajaran terganggu.



0 comments:

Post a Comment