Friday 11 January 2013

Pelajar Abad Ke21


Selari dengan tuntutan abad ke-21 yang berlandaskan wawasan 2020 dan wawasan, maka tanggungjawab pendidikan terutamanya pendidik adalah menyediakan sumber manusia berkualiti. Pendidikan perlu melahirkan pelajar yang kaya dengan maklumat termasuk penguasaan sepenuhnya berkaitan sains dan teknologi. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia tanpa sempadan disebabkan pembangunan teknologi. Jika pendidikan selama 150 tahun yang lalu disediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi kehidupan kerjaya dalam bidang "Ekonomi Perindustrian". Pengubahsuaian dalam pendidikan perlu seiring dengan perubahan pesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dalam bidang "Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy). Maka,pendidikan abad ke-21 perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21.
Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapat "melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlak dan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000).
Pembaharuan perlukan perubahan. Perubahan yang sangat utama dan penting ialah perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dan bersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep 'belajar sepanjang hayat' perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai 'belajar cara belajar.

0 comments:

Post a Comment