Pada era web 2.0, apabila kita
melayari atau mengakses internet untuk mencari maklumat, secara tidak langsung
kita akan berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar-tukar buah fikiran
dengan pengguna internet lain. Ini akan menyebabkan maklumat yang ingin kita
perolehi adalah lebih lengkap. Contohnya, sebelum ini ensiklopedia.com
menyediakan perkhidmatan maklumat yang kita perlukan, namun kini wikipedia.com
telah menyediakan maklumat keseluruhan pengetahuan yang kita ketahui kepada
orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan
mereka pada laman tersebut dan menjadikan maklumat semakin padat dan lengkap.
Dengan kewujudkan Web 3.0, yang lebih
berkonsepkan Web Semantik yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat
berfikir. Misalnya apabila kita ingin mencari sebuah perkataan, contohnya
“burung”. Kita akan memperolehi semua maklumat atau data biologi tentang
spesies burung. Contohnya permainan berbentuk burung, DVD tentang burung,
jenis-jenis burung dan sebagainya yang berkaitan dengan burung. Pada Web
semantik diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk
“berfikir, menganalisis dan menentukan” maklumat yang dicari. Dapat kita
simpulkan bahawa Web 2.0 membincangkan komunikasi 2 hala dan web 3.0 adalah
membincangkan mengenai Web semantik iaitu web cerdas yang boleh memahami
keperluan pengguna berdasarkan sejarah aktivitinya di jaringan.
0 comments:
Post a Comment